Rasanya tidak perlulah Ahli Parlimen PKR Johari Abdul mencabar UMNO, khususnya Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Dato' Seri Mustapa Mohamad supaya membuktikan dalil Al-Quran yang melarang pembinaan masjid oleh orang bukan Islam, kerana ia lebih menyerlahkan kejahilannya.
Cabaran Johari dibuat ekoran dari komen Mustapa yang menyifatkan cadangan DAP untuk membina masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang sebagai penghinaan satu penghinaan kepada umat Islam.
Selain Johari, Ahli Parlimen Islam DAP Arif Sabri turut menyelar komen Mustapa berkenaan dan kenyataan-kenyataan tersebut boleh diamati dalam video di bawah:-
Berbalik kepada perkara pokok, respons Mustapa tentunya berasaskan tajuk berita Malaysiakini berikut;
Walhal, DAP melalui agennya di Kelantan iaitu NGO Gabungan Impian Kelantan kelihatan kelam kabut dengan pembetulan kenyataan melalui laman media sosialnya (SINI).
Mungkin Johari dan Ariff Sabri tidak pernah mendengar kisah arahan perobohan Masjid Dhirar oleh Rasulullah, namun persoalan Johari dengan sendirinya terjawab di SINI.