Menurut laporan BERNAMA, Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, dan perkara ini disahkan oleh Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Sebelum ini pun telah didengari soksek-soksek dikalangan ahli-ahli PAS berkenaan ura-ura tersebut, malahan khabarnya akan dilakukan rebranding terhadap parti berkenaan dengan nama 'Democratic Islamic Party' (DIP).
Kalau begitu jadinya, inilah adalah peluang terbaik bagi Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia, TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir untuk turut melakukan rebranding keatas parti yang dilancar pada 15 Mei lalu.
Elok benar, parti pimpinan Kadir ditukar nama kepada 'Democratic Unified Party' (DUP) untuk melengkapi entiti 'DAP DIP DUP'!