Quantcast
Channel: AKAR UMBI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 65

Guan Eng Kata PAS Lebih Jahat Dari DAP

$
0
0

Bila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed mengumumkan, bahawa PAS tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua keruusi yang ditandingi DAP dan PAN, perasaan geram timbul jua dari sanubari Setiauusaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam mempertahan DAP sebagai kurang jahatnya berbanding PAS dan menjadikan Selangor sebagai rujukan, Guan Eng mengesahkan tidak akan bersaing dengan di semua 15 kawasan dimenangi oleh PAS, sebaliknya akan menumpukan di beberapa kawasan yang diyakini boleh menang (dilfahamkan di 8 kawasan), dengan meletakkan calon-calon Melayu.

"Jadi, ia akan menjadi sedikit kerusi. Tapi jika mereka (PAS) mahu bertanding dalam setiap kerusi, itu pilihan mereka. Kita akan lihat sekarang, siapa yang jahat dan menyebabkan masalah?" soalnya kepada The Malaysian Insider.

Dari kenyataan itu, bermakna Guan Eng cuba menunjukkan bahawa PAS lebih JAHAT dari DAP.

Mengimbas kembali isu DAP lawan PAS dalam PRU14, ia bermula dengan kenyataan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika Konvesyen DAP 2015, yang dilaporkan bahawa parti berkenaan akan meletakkan calon-calon mereka di beberapa kawasan PAS (yang dipercayai Taman Templer, Lembah Jaya, Seri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Cadangan tersebut bagai disahkan, apabila DAP Selangor mula meletakkan Penyelaras-Penyelaras DUN di dua kawasan DUN milik PAS, iaitu Dusun Tua dan Taman Templer.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 65

Trending Articles